Inilah 10 Artis paling laris di seluruh dunia, dan BTS lah ungguli senarai itu buat pertama kali

May be an image of 6 people

BTS mengungguli senarai artis paling laris di seluruh dunia buat pertama kali untuk tahun 2020.

Data itu dikeluarkan IFPI, sebuah organisasi yang mengumpulkan data untuk rekod jualan artis-artis di seluruh dunia. BTS mengungguli senarai itu buat pertama kali pada tahun 2020 setelah hanya menduduki posisi no.7 dan no.2 pada tahun 2019 dan 2018 sebelumnya. Menyusuli BTS ialah Taylor Swift, Drake, The Weeknd, Billie Eilish, Eminem, Post Malon, Ariana Grande, Juice WRLD dan Justin Bieber.

Dengan kedudukan BTS di tangga no.1, maka kumpulan itu menjadi artis kelahiran Asia dan artis dengan keluaran bahasa Korea pertama yang berjaya berbuat demikian.

Memetik tiga buah album keluaran BTS yang berjaya jualan yang sangat memberangsangkan untuk tahun 2020, MAP OF THE SOUL : 7 mencatatkan pembelian awal yang sangat menakjubkan, Map of The Soul 7: The Journey berjaya meraih 500,000 unit di dalam masa dua hari di Jepun manakala Dynamite, Life Goes On dan album susulan, BE pula mencatatkan kejayaan berterusan di seluruh dunia.

“Kami mahu ucapkan tahniah buat RM, Jin, SUGA, j-hope, Jimin, V dan Jung Kook. Kami begitu teruja apa yang mereka akan keluarkan nanti,” kata Frances Moore, CEO ifpi.

Sumber: ifpi

loading...