Jimin & Taehyung BTS dikurniakan segulung ijazah, sebaik tamat pembelajaran di Global Cyber University

May be an image of 4 people

Global Cyber University berkenan untuk mengurniakan ijazah sarjana muda pengkhususan di dalam bidang penyiaran dan hiburan, kepada Park Jimin dan Kim Taehyung daripada kumpulan BTS di dalam majlis graduasi yang berlangsung di atas talian pada 4 Mac 2021 hari ini.

Penyampaian ijazah tersebut dibuat di majlis graduasi bertempat di Iji Art Hall dan disiarkan atas talian menerusi Youtube untuk pelajar-pelajar yang menamatkan pembelajaran mereka pada Ogos 2020. Jimin dan Taehyung kini difahamkan sedang mengikuti program ijazah sarjana MBA di Hanyang Cyber University sejak September 2020 lalu, sekaligus mengikuti jejak langkah tiga orang senior mereka, Nam Joon, JHope dan Suga di dalam khusus yang sama.

Selain ijazah sarjana muda, Prof. Cheon Bum Joo turut menyampaikan anugerah Presiden kepada kedua-duanya memetik alasannya sebagai, ‘Rakyat yang layak dijadikan sebagai model dan menjadi asas kepada perkembangan bakat seni, menyebarkan pengaruh besar yang positif melebihi jangkauan Kpop, dan menyampaikan simbiosis yang penting di era globalisasi.’ Dengan penganugerah tersebut, tinggal Jungkook saja yang kini masih perlu menghabiskan sesi pembelajarannya di universiti berikut.

Di dalam majlis graduasi tersebut, penyanyi Park Jae Jung turut menerima segulung ijazah.

Sumber: unn

loading...