Donghyuk akui tak tahan sebak ketika menyanyikan lagu perpisahan untuk iKON

May be an image of 6 people

iKON akan membuat ‘comeback’ dengan lagu terbaru, ‘Why Why Why’ sebagai persiapan menggegarkan pentas Mnet Kingdom tak lama lagi.

Di dalam sesi temuduga bersama YG Ent. , beberapa ahli meluahkan pendapat mereka berkenaan lagu terbaru tersebut yang bernada melankolik tetapi digubah dalam bentuk ‘catchy’ dengan tema perpisahan.

” Tajuknya itu (sambil ketawa). Gubahannya tak lah begitu mudah. Biasanya akan berakhir dengan ‘outro’ selepas ‘bridge’, tapi ‘Why Why Why’ habis dengan emosi di tengah-tengah kemuncak.  Bahagian ini buatkan korang nak terdengar lagi beberapa kali. Ada bahagian kedengaran Donghyuk menangis, sampaikan kami tak dapat lupa riak muka dia semasa sesi rakaman. Itulah menarik pasal lagu ini, ” ujar Song Yun Hyung:

Kim Dong Hyuk kemudiannya menyampuk, “Ketika sesi rakaman, produser mahu kami tumpukan emosi. Maka sebab itulah aku menangis. Air mata mengalir keluar selepas habis sesi rakaman. Kerana, aku kena bekerja kuat untuk merakamkan lagu itu selama 3 hari.”

“Ya memang aku dah usaha sehabis baik meluahkan segala perasaan untuk setiap bait-bait lirik. Bukankah tajuk lagu ini diulang 3 kali? Itu menunjukkan bukan senang untuk menerima perpisahan,” kata Jinhwan pula.

Bobby pula mendedahkan ketika sedang berlatih menari, dia hampir-hampir menangis mendengar bahagian Donghyuk tersebut. “Ia betul-betul lagu sedih kerana berbagai-bagai emosi cuba kami bawakan di dalam lagu ini,” sambung Bobby pula.

MV ‘Why Why Why’ boleh ditonton di Youtube mulai jam 5 petang 3 Mac 2021 hari ini.

loading...