[Gempar] Seven O’Clock terbubar selepas 4 tahun menabur bakti

May be an image of 4 people and text that says '米'

Seven O’Clock terbubar selepas hanya empat tahun sempat menempa populariti.

Forest Network membuat pengumuman tersebut menerusi laman kelab peminat Rose pada 2 Mac 2021 hari ini.

“Sebelum itu, kami mahu ucap terima kasih kerana menyokong Seven O’Clock selama ini. Kami sudah berbincang dan akhirnya memutuskan untuk membubarkan Seven O’Clock berkuatkuasa pada 2 Mac 2021. Walaupun aktiviti berkumpulan sudah berakhir, kami tengah berbincang tengah aktiviti mereka individu kelak,” kata jurucakap agensi itu.

Kali terakhir Seven O’Clock mengeluarkan album single mereka pada tahun 2020 menerusi ‘Highway’ yang turut menampilkan Rui, ahli baru mereka sejak menyertai rancangan survival “Under 19” pada tahun 2019. Seven O’Clock ‘debut’ pada tahun 2017 dengan lagu “Butterfly Effect” sebagai single utama.

loading...