[Gempar] Ji Soo pula dituduh membuli bekas rakan sekolahnya, dakwanya senyuman Ji Soo hanyalah kepura-puraan

May be an image of 3 people and text

Pelakon Ji Soo berhadapan dengan tuduhan buli oleh netizen yang mengaku sebagai bekas rakan sekolahnya di suatu laman komuniti forum popular.

“Pada tahun kedua sekolah tinggi pada tahun 2007, Kim Ji Soo bergemulang dengan Iljin (“merujuk kepada samseng sekolah”). Apabila ada seorang kawan samseng Kim Ji Soo kena pukul, mereka akan beramai-ramai memukul orang itu sekuat hati. Rokok pula sudah jadi tabiat dan mereka tak pernah membelinya. Apabila ada saja makanan yang mereka tak nak, mereka akan memecahkannya dengan sudu dan mencampaknya ke muka orang lain. Secara kesimpulannya, aku pernah dibuli oleh Kim Ji Soo dan kawan-kawan samsengnya pada pertengahan tahun 2008, dan sukar untuk mentakrifkan perasaannya ketika itu. Aku dibuli, diugut dan didera dengan macam-macam. Alasannya sebab seorang pelajar A daripada kumpulan samseng Kim Ji Soo telah mengambil sijil hadiah kebudayaan.” – Netizen A

Netizen A turut mendakwa dia juga pernah dibuli dengan ugutan ketika mereka bermain bola keranjang dan bola sepak. Malah, dia juga mendakwa pernah menyaksikan Ji Soo menembak pelajar lain dengan senapang BB. Dia berharap netizen tidak terpedaya dengan senyuman manis dan lakonannya di dalam televisyen.

Akhir kata, netizen itu tidak berharap permohonan maaf daripadanya sebaliknya mahu ‘kebenaran’ skandal buli mengenainya dulu tidak dilupakan untuk selama-lamanya. “Berlakonlah macam dalam drama itu selalu,” katanya.

Ji Soo kini sedang membintangi drama KBS River Where The Moon Rises bersama dengan Kim So Hyun.

Sumber: theqoo, nate

loading...