Kihyun Monsta X tak henti-henti diserang dengan dakwaan buli, kali ini ‘mangsa’ tunjuk badannya teruk bercalar-balar

May be an image of 1 person

Skandal buli yang melanda Kihyun tidak berakhir lagi apabila seorang netizen pula mendakwa dia mengalami kemurungan sehingga mencederakan dirinya sendiri apabila mengenangkan dirinya pernah dibuli oleh Kihyun pada suatu ketika dulu.

Netizen tersebut menggesa permohonan maaf daripada Kihyun dengan kadar segera sambil menyertakan bukti dia telah menjalani rawatan terapi di hospital, gambarnya memakan pil depresi serta tubuhnya bercalar-balar barangkali selepas mencederakan diri-sendiri. “Mangsa sudah pun punyai rekod psikiatrik daripada hospital, bila lagi kau mengaku?,” tanya netizen itu lagi. Untuk rekod, ia mungkin merujuk kepada dakwaan buli terhadap Kihyun pernah berlegar-legar sekitar tahun 2018 di mana pihak agensi telah menyangkal dakwaan liar tersebut manakala gambar-gambar tersebut diambil pada tahun 2015.

Terdahulu pada 23 Feb 2021, seorang bekas rakan sekolah menuduh Kihyun membulinya.

“Dia salah seorang kali buli disebut sebagai ‘iljin’. Dia panggil aku ‘losers’. Aku dibuli dan dipukul. Duit aku diambil dan aku pula kena beli rokok untuknya. Dia tidaklah seterus iljin lain, tapi pernah seorang perempuan menangis kena pukul dengannya. Aku sertakan gambar Kihyun sedang minum arak dan bergaul dengan iljin sebagai bukti.”

Sehubungan dengan itu, Starship Ent. yang mahu mengambil tindakan undang-undang pada asalnya menarik balik daripada berbuat demikian setelah menganggap mereka akan bermuhasabah diri dan tidak akan berbuat lagi.

Sumber: theqoo, nate

loading...