D.O EXO titip pesanan buat peminat setelah tamat khidmat tentera

Akhirnya D.O atau Do Kyung Soo telahpun menamatkan khidmat tenteranya!

Pada 25 Januari, D.O. secara rasminya telah menamatkan khidmat wajib tentera selaras dengan protokol  COVID-19 yang telah ditetapkan. Ini bermaksud, dia telahpun ditamatkan khidmatnya selepas mengambil cuti terakhir tanpa perlu kembali ke kem tentera.

D.O. mengucapkan terima kasih kepada peminat menerusi mesej tulisan tangan yang disiarkan di komuniti peminat Lysn. Mesejnya berbunyi, “Saya telah tamat berkhidmat dari tentera. Terima kasih kerana menunggu saya buat sekian lama. Saya akan terus bekerja keras. Saya harap anda semua kekal sihat!”

D.O. mendaftar masuk pada bulan Julai 2019 sebagai askar bertugas aktif dan mengambil bahagian dalam muzikal ketenteraan “Return: The Promise of the Day” semasa dalam perkhidmatannya. Dia adalah anggota kedua yang telah menyelesaikan tugas ketenteraannya selepas Xiumin, yang tamat pada bulan Disember tahun lepas.

Dia juga akan membintangi filem yang akan datang “The Moon”  bersama pelakon veteran Sol Kyung Gyu.

Apapun, selamat kembali D.O. Kami menanti projek-projek terbaru anda!

Sumber : yna | classysoo

loading...