Belum cecah usia dua tahun, kumpulan ENOi rasmi dibubarkan

Kumpulan ENOi yang dianggotai oleh Avin, Jinwoo, J-kid , Laon, Dojin, Hamin, dan Gun telah rasmi dibubarkan.

Pada 22 Januari lepas, Kithewhale Entertainment telah mengumumkan bahawa pembubaran kumpulan tersebut.

ENOi mula debut dengan ‘bloom’ pada April 2019 dan sempat mengeluarkan 3 buah album. Kemunculan terakhir mereka adalah menerusi sebuah album khas “W.A.Y” pada bulan Ogos 2020. Label mereka, Kithewhale memberitahu, setelah perbincangan yang telus diadakan dengan ahli kumpulan ENOi, kumpulan tersebut  memutuskan untuk bubar.

Bagaimanapun, Laon, Dojin, Hamin, dan Gun memutuskan untuk terus kekal dengan label tersebut, manakala Avin, Jinwoo, and J-Kid mencapai persetujuan bersama dengan label untuk mengakhiri kontrak mereka.

Masih belum jelas samada mereka berempat yang masih tinggal akan debut dalam kumpulan yang baru, tapi nampak gayanya mereka akan fokus terhadapat aktiviti solo masing-masing buat masa kini.

Selamat maju jaya buat semua!

Sumber : sports.khan

loading...