[Gempar] GOT7 secara rasmi meninggalkan JYP selepas 7 tahun bersama

Image may contain: 7 people, people standing

JYP membuat kenyataannya berhubung penamatan kontrak bersama kesemua ahli GOT7.

“JYP telah berunding secara khusus dengan kesemua ahli sebelum kontrak mereka berakhir pada 19 Januari. Kesimpulannya, kedua-dua pihak tidak dapat bersetuju untuk menyambung kontrak dengan perjanjian baru. GOT7 telah aktif bersama kami selama 7 tahun sejak debut pada 16 Jan 2014,” kata jurucakap agensi itu.

“Saya ingin ucapkan penghargaan kepada peminat, termasuklah GOT7 kerana membantu memperkembangkan Kpop dan menjadi pendukung kejayaan mereka sejak ‘debut’. Walaupun hubungan kami sudah berakhir tetapi kami akan sentiasa menyokong aktiviti masa depan GOT7,” kata jurucakap itu lagi.

Difahamkan Jinyoung akan menyertai BH Ent. untuk menjadi pelakon sepenuh masa, Yugyeom berpindah ke AOMG untuk menjadi penari hip hop secara professional, Youngjae menyertai Sublime Artist Ent., Jaebom (JB) mahu jadi artis solo, Jackson Wang sertai Team King Ent. untuk menumpukan kerjaya seni yang lebih mewah di China, Mark Tuan pula kembali ke Amerika Syarikat bersama keluarga tersayang demi menumpukan aktiviti solonya sambil berYoutube di sana dan akhir sekali Bambam akan kembali ke Thailand bersama dengan ‘MakeUs Ent’.

Semalam pada 10 Jan 2021, kendatipun kesemua ahli GOT7 dilaporkan bakal menamatkan kontrak mereka bersama JYP, namun tiada petunjuk bahawa hubungan mereka telah berentakan sehingga boleh membawa kepada pembubaran GOT7. Buktinya, Mark Tuan memberi jaminan bahawa mereka tetap bersama walau mungkin lagi tidak seperti dahulu.

“Tiada yang berakhir, ia hanya permulaan saja,” tegas Mark Tuan menerusi laman twitter nya. Tanda pagar #GOT7forever turut diraikan oleh ketua kumpulan GOT7, Jaebom (JB) di laman instagramnya.

“Saya rasakan kesemua ahli sebenarnya saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Berharap kami dapat disatukan lagi. Lega dengan kenyataan ini,” tambah JB.

Baca lagi: ‘Breath of Love: Last Piece’, bingkisan terlalu peribadi GOT7 buat peminatnya

GOT7 menghadiri Golden Disk Awards ke-35 semalam untuk menerima anugerah Bonsang sebagai aktiviti akhir mereka di bawah kelolaan JYP. Malah, Album “Breath of Love : Last Piece” merupakan album terakhir mereka di bawah JYP.

Sumber: money today

loading...