Gaya seperti seorang model, aksi Dahyun TWICE ini mungkin bakal mendebarkan hati sesiapa saja termasuklah Kim Seon Ho

Dahyun TWICE berkongsikan gambar-gambarnya yang bergaya bak seorang model.

Penyanyi itu yang dilihat dengan memandang kamera dengan aksi penuh berkarisma, telah mengundang reaksi positif netizen terutamanya daripada kalangan peminat lelaki. Rata-rata netizen terpegun melihat kecantikan Dahyun dan aksi berkenaan telah mendebarkan hati mereka.

Ia mungkin termasuk pelakon Kim Seon Ho yang pernah menyatakan obsesinya terhadap Dahyun sekian lama dahulu sehingga mengimpikan mempunyai anak sepertinya. Kim Seon Ho kini sedang digilai ramai kerana lakonannya sebagai anak yatim piatu yang menaruh hati pada cinta tak kesampaian di dalam tvN Start Up dan kisahnya pernah ditinggalkan bekas kekasih tanpa belas kasihan telah mendapat simpati netizen, sehingga kini diiktiraf sebagai artis paling popular di Malaysia untuk bulan November ini.

Berkenaan Dahyun pula, TWICE kini sedang menjalani promosi album di Jepun dan aktiviti tambahan di Korea sempena pelancaran album ‘Eyes Wide Open’ pada Oktober lalu. TWICE dilihat membuat persembahan secara langsung di Rancangan Temubual Stephen Colbert menyanyikan lagu I Can’t Stop Me. Berdasarkan catatan Gaon dan Oricon, jualan album TWICE kini telah mencecah 10 juta unit.

Sumber: Instagram JYP

loading...