Baekhyun tampil buat kejutan di majlis pelancaran album solo debut Kai EXO hari ini

Baekhyun EXO tampil membuat kejutan di majlis pelancaran album solo Kai hari ini, 30 November 2020.

“Saya datang atas rasa tanggungjawab menjadi MC sebagai meraikan debut solo pertama Kai. Inilah Kai kita, ” kata Baekhyun memanggil Kai masuk menghadiri sidang media berkenaan.

“Aku bangga dengan Baekhyun kerana telah bergelar ‘jutawan’ (hasil pengiktirafan Gaon) melalui aktiviti solonya. Aku akan ambil kekuatan yang sama juga,” kata Kai pula berharapkan album solonya, ‘KAI’ juga sehebat ‘Delight’ dan ‘City Light’ keluaran Baekhyun sebelum ini.

Baca lagi: Menjelang seminggu sebelum pelancaran, album solo pertama dari Kai Exo ini semakin cetuskan sensasi!

‘Mmmh’ yang menjadi single pertamanya, merupakan lagu berentakkan pop R&B berkenaan dengan ketulusan luahan cinta dan bakal dilancarkan pada jam 11 pagi hari ini.  Album solo ‘KAI’ boleh didapati di pasaran mulai jam 5 petang sekejap lagi.

Sumber: money today

loading...