Park Hyung Sik selesai berkhidmat pada Januari 2021 depan

Park Hyung Sik akan menamatkan khidmat kepolisannya pada Januari 2021 depan.

Jurucakap agensi Park Hyung Sik mengesahkan kepulangannya dengan memaklumkan bahawa Park Hyung Sik akan menghabiskan cuti-cuti akhirnya dan kembali menemui peminat semula pada 4 Januari tahun hadapan.

Park Hyung Sik mula menyertai akademi kepolisan pada 10 Jun 2019 sebagai menunaikan kewajipan khidmat ketenteraannya. Penyanyi idola daripada kumpulan ZE:A bersama dengan Im Si Wan itu, lebih dikenali sebagai pelakon menerusi drama-drama seperti jtbc Strong Woman Do Bong Soon, SBS High Society, SBS Heirs dan KBS Hwarang.

Beliau juga merupakan teman seperjuangan kepada Taehyung BTS, Park Seo Joon, Choi Woo Shik dan Peakboy, yang dinamakan sebagai ‘Wooga Squad’ telah dikenalinya sejak membintangi drama KBS Hwarang bersama.

Sumber: hankookilbo

loading...