‘Love Revolution’ belum pun habis bersiaran lagi, Park Ji Hoon sudah siap sedia untuk berkonsert pula!

Berbaki 10 hari saja lagi, Park Ji Hoon akan membuat konsert solonya pada 13 Disember 2020 depan.

Konsert tersebut dinamakan sebagai ‘2020 PARK JIHOON ONLINE CONCERT [MESSAGE]’ itu akan berlangsung bermula jam 6 petang waktu Malaysia. Bekas ahli Wanna One itu akan mengadakan konsert solo sempena mempromosikan album studio pertama keluarannya, ‘Message’ yang dilancarkan pada awal November 2020 lalu.

Dalam masa yang sama, Park Ji Hoon turut mengingatkan peminatnya supaya menonton drama web bersiri lakonannya, “Love Revolution” yang bersiaran sekali setiap minggu. “Nak tengok Joo Young, jom tonton The Love Revolution di Kakao TV (iQIYI Malaysia),” ciapnya di laman twitter.

Bagi penonton di Malaysia, anda boleh tonton drama romantik komedi ini di iQIYI.

Sumber: newsen

loading...