2 selebriti kacak Korea sedang disiasat polis kerana terbabit dalam skim perjudian bernilai sehingga 3 billion ringgit

Polis mendedahkan hasil terkini siasatan mereka terhadap Yoonhak Supernova  (Jung Yoon Hak, 36) dan Sungjae (Kim Sung-jae, 34) bermula sejak September 2020 lalu.

Berdasarkan Agensi Polis Metropolitan Seoul, pada ketika itu, polis mendapati kedua-dua ahli Supernova ini berjudi ‘baccarat’ di kasino bertempat di Filipina  sekitar tahun 2016 hingga 2018. Jumlah yang ditaruhkan adalah sebanyak 50 juta won (~RM187,000) dan salah seorangnya didapati telah berjudi di atas talian yang dioperasikan oleh rakyat Korea.

Yoonhak dan Sungjae membuat permohonan maaf secara terbuka kemudian, lantas segera mendedahkan niat sebenar mereka berkunjung ke kasino berkenaan di Filipina adalah untuk berhibur pada asalnya.

Menurut MBC “News Desk”, siasatan terkini polis mendapati ribuan orang Korea berpusu-pusu ke lokasi tempatan yang dinamakan sebagai ‘Avatar’ setelah menyaksikan keputusan kasino di Filipina itu yang disiarkan secara langsung di Korea. Tujuannya adalah untuk membolehkan pejudi-pejudi di Korea tidak perlu menaiki kapal terbang ke negara berkenaan semata-mata untuk bertaruh. Jumlah taruhan dikatakan yang telah mencecah hampir RM 3 billion ringgit berkehendakkan pihak berkuasa untuk campur tangan. Setakat ini, lebih 100 orang ditangkap dan bakal didakwa di mahkamah.

Yoonhak sebelum ini pernah menggegarkan industri kpop berikutan kelalaiannya tidak mengamalkan kuarantin setelah didapati positif Covid-19. Karier seni Yoonhak dan Sungjae lebih berpengaruh di Jepun berbanding di Korea, di mana Sungjae juga pernah membintangi drama jtbc Be Melodramatic pada tahun 2019.

Sumber: donga , spottvnews

loading...