Pelakon Cheese In The Trap, Moon Ji Yoon meninggal dunia kerana jangkitan kuman

Moon Ji Yoon, pelakon yang dikenali menerusi drama dan filem Cheese In The Trap, meninggal dunia kerana jangkitan kuman terhadap darahnya atau bahasa lainya, akut sepsis.

Jurucakap agensinya, Family ENT mengesahkan berita tersebut dengan berkata, “Moon Ji Yoon telah bergegas ke hospital kerana kegatalan kerongkongnya. Namun, keadaan bertambah parah sehingga menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke dalam unit ICU. Sejak daripada itu, beliau tidak sedar hari sehinggalah disahkan meninggal dunia pada hari ini.”

Moon Ji Yoon telah berlakon sejak tahun 2002 lagi dengan MBC Romance, KBS Sassy Girl Chun Hyang, MBC Queen Seondeok, dan MBC Weightlifting Kim Bok Joo merupakan antara drama lakonannya.

Sumber: edaily

loading...