“Doaku ini untukmu bersemadi dengan aman di sana” – Park Hae Jin ucap selamat tinggal buat Moon Ji Yoon

Park Hae Jin mengucapkan selamat tinggal buat rakan pelakon yang sama-sama membintangi drama dan filem Cheese In The Trap, Moon Ji Yoon.

Dalam satu kenyataan serba ringkas dihantar kepada pihak media sebentar tadi, Park Hae Jin berkata, “Doaku ini untukmu bersemadi dengan aman di sana.” Park Hae Jin akan mengingati kenangannya bersama mendiang untuk selama-lamanya.

Moon Ji Yoon meninggal dunia kerana jangkitan kuman di dalam darahnya (akut sepsis) ketika berusia 36 tahun.

Sumber: OSEN

loading...