Seo Kang Joon sudah tinggalkan Fantagio; mungkinkah 5urpise akan terbubar jua akhirnya?

Seo Kang Joon telah mengambil keputusan untuk tidak lagi memperbaharuhi kontraknya bersama Fantagio setelah tujuh tahun berada di bawah agensi itu sekaligus menyebabkan keahliannya di dalam 5urpise mungkin digugurkan secara automatik untuk selama-lamanya.

Terdahulu, media melaporkan kontrak Fantagio bersama 5urpise yang dianggotai oleh Seo Kang Joon, Yoo Il, Gong Myung, Kang Tae-oh dan Lee Tae-hwan akan tamat menjelang hujung Mac ini. Daripada kesemuanya, hanya Seo Kang Joon bertindak untuk meninggalkan Fantagio manakala yang lain-lain pula masih menimbangkan lagi tawaran kontrak baru bersama Fantagio.

5Suprise merupakan kumpulan kpop pelakon yang dicetuskan menerusi ujibakat ke atas barisan pelakon yang berpotensi akan menyinar di masa hadapan. Sepanjang Seo Kang Joon beraksi bersama 5urpise, tiga buah single sudah berjaya dikeluarkan. Ahli-ahli lain seperti Gong Myung dan Lee Tae Hwan pula lebih dikenali di atas lakonan di bawa oleh mereka di dalam drama.

Seo Kang Joon akan membintangi drama jtbc, ‘When the Weather is Fine’ bersama Park Min Young sebagai pemilik kedai buku.

Sumber: spottvnews , IS Plus

loading...