Suho EXO & Ong Seung Wu bakal keluarkan album sulung masing-masing tak lama lagi

Suho EXO dan Ong Seung Wu dijadualkan akan mengeluarkan album solo masing-masing pada 30 Mac dan 25 Mac 2020 ini.

Gambar ‘teaser’ album telah dipaparkan untuk tatapan peminat oleh SM Ent.  dan Fantagio Ent. masing-masing di ruang media sosial.

Albu solo pertama Suho itu diberikan judul sebagai ‘Self-Potrait’ , merupakan album solo ketiga pernah dikeluarkan oleh EXO  selepas Chen dan Baekhyun. Seperti dimaklumkan oleh SM Ent., Suho terbabit di dalam peringkat awal penghasilan album dengan beberapa lagu yang digubah menerusi ideanya tersendiri.

Manakala, menerusi album solo yang diberikan judul ‘La’ ini pula,  Ong Seung Wu akan mempamerkan perasaan jujur dan perasaannya sepanjang bergiat aktif di dalam industri muzik kpop. Ong Seung Wu pernah mengeluarkan beberapa singles, antaranya, We Belong di mana penyanyi itu menyumbangkan idea di dalam penulisan lirik.  Ong Seung Wu kini sedang meniliti projek drama terbarunya selepas kejayaan jtbc Moment of Eighteen.

Sumber: OSEN ; donga

loading...