Kang Daniel selesai rakam lagu mungkin untuk album terbaru

Kang Daniel mengemaskini laman instagram-nya dengan mengumumkan bahawa beliau sudah pun selesai merakam lagu berkemungkinan untuk penghasilan album terbaru.

Dengan berbekalkan gambar perakam suara, Kang Daniel menulis kapsyen berbunyi, “Rakaman sudah siap.” Single ‘Touching’ merupakan penangan terakhir daripada Kang Daniel sejak memilih untuk mengundurkan diri sepanjang Disember 2019 lalu atas masalah kesihatan yang dihadapinya pada masa itu.

Kang Daniel juga akan memunculkan diri di dalam program realiti tv terbitan SBS, ‘Hello Daniel’ berkisarkan tentang pengembaraannya di Portland, Amerika Syarikat.

Sumber: star mt

loading...