Tak sangka watak Seung Jun dimatikan, Kim Jung Hyun mahu Seung Jun terus hidup & tetap menagih cinta Seo Dan

Kim Jung Hyun telah ditemubual oleh wartawan berkenaan pandangannya terhadap watak lakonannya, Seung Jun di dalam drama tvN Crash Landing On You. Drama tersebut yang berjaya meraih rating tertinggi di cenel tvN sepanjang zaman di Korea berakhir dengan Seung Jun mati terkulai di pangkuan wanita yang disayanginya, Seo Dan.

Berceritakan tentang TvN Crash Landing On You, ia berkisarkan seorang chaebol terkemuka, Yoon Se Ri (S lakonan Ye Jin) yang memiliki syarikat jenama komestik tersendiri. Pada suatu hari, payung terjun yang dinaikinya dilambung angin sehingga mendarat di sebuah kawasan berdekatan dengan sempadan Korea Utara. Pertemuan dengan Ri Jung Hyuk (lakonan Hyun Bin) memudahkan Yoon Se Ri menyembunyikan identitinya di negara yang berseteru dengan negara tempat lahirnya, Korea Selatan. Sepanjang berada di Korea Utara malah setelah Se Ri pulang ke negaranya, Jung Hyuk tetap melindungi Se Ri daripada dibunuh oleh musuhnya. Dalam masa yang sama, tunang Jung Hyuk (lakonan Seo Ji Hye), Seo Dan tidak dipedulikan oleh Jung Hyuk pun mula menaruh hati pada Seung Jun (lakonan Kim Jung Hyun) yang melarikan diri ke Korea Utara untuk menyembunyikan dirinya daripada tangkapan polis.

Ditanya wajarkah Seung Jun dimatikan, Kim Jung Hyun berkata, “Saya tak tau pun Seung Jun akan mati. Tapi saya rasa ‘ending’ memuaskan dengan Se Ri dan Jung Hyuk tetap bersama. Penulis skrip kata dia ‘diugut’ oleh netizen kerana Seung Jun dimatikan (sambil ketawa). Itu tanda ramai betul yang suka pada Seung Jun. Saya berharap Seung Jun  bersembunyi di mana-mana (masih hidup lagi)  kerana bukan mudah sangat seseorang mati begitu saja.”

Kim Jung Hyun sebelum ini pernah meninggalkan set penggambaran drama MBC Love di tengah-tengah jalan kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Beliau bermuhasabah diri untuk memberikan persembahan lebih baik di masa hadapan dan mahu menjadi pelakon senior yang dihormati. “Saya bernasib baik kerana dapat drama yang bagus sehingga memperoleh ‘ratings’ yang tinggi. Saya cukup berpuas hati,” ujarnya lagi.

Sumber: OSEN

loading...