Krew SBS Stove League akan bercuti ke Saipan, Kepulauan Marina tanpa Park Eun Bin & Nam Goong Min di sisi

Krew-krew drama SBS Stove League termasuklah para pelakon akan pergi bercuti ke Saipan, Kepulauan Marina sebagai hadiah di atas kejayaan drama itu meraih ‘ratings’ yang tinggi pada saban minggu.

Kesemua para pelakon termasuklah Oh Jung-se, Cho Byung Kyu, Cho Han Sun, dan Yoon Byung Hee akan menyertai percutian tersebut. Bagaimanapun, Park Eun Bin tidak dapat turut serta sekali disebabkan jadualnya yang ketat. Begitu juga, Nam Goong Min yang mengesahkan bahawa beliau juga tidak dapat hadir untuk percutian tersebut. Percutian ke Saipan, Kepulauan Marina itu berlangsung selama 4 hari dan 3 malam bermula 17 Februari depan.

SBS “Stove League” memceritakan tentang pasukan baseball yang berada dikedudukan terakhir, sehinggakan para peminat mereka tidak mampu lagi untuk menangisi nasib pasukan kegemaran mereka. Namun, pasukan itu bersedia untuk bangkit kembali pada musim terbaru dengan pengurus yang baru untuk mencipta memori yang tidak dapat dilupakan. Drama ini mendapat purata tontonan sehingga 16.8%  diseluruh Korea dan 18.2% di bandaraya Seoul serta mencecah 19.4% pada waktu puncak ketika drama sedang ditayangkan. Ia akan berakhir pada episod yang akan ditayangkan pada malam ini.

Sumber: spottvnews, OSEN

loading...