Jimin BTS menjadi rebutan kaum hawa sempena ‘Valentine Day’ hari ini semata-mata untuk menerima hadiah Coklat

Jimin BTS mendahului senarai lelaki yang paling dikehendaki oleh kaum hawa untuk menerima hadiah Coklat sempena ‘Valentine Day’.

Menurut kajian selidik dilakukan oleh Seven Edu dengan 46,028 orang ditemubual secara rawak di Korea, Jimin BTS meraih undian tertinggi disusuli dengan Kang Daniel (38.5%), Lee Seung Gi (5.8%), Park Bo Gum (3.7%) dan lain-lain. Kang Daniel pernah mendahului senarai ini pada tahun lepas sebelum diambil tempatnya oleh Jimin BTS pula pada tahun 2019.

Tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari sambutan buat pasangan-pasangan yang sedang bercinta dengan para lelaki akan menghadiahkan kekasih mereka dengan sebentuk coklat.

Park Ji Min bersama-sama kumpulannya, BTS dijadualkan akan mengeluarkan album terbaru mereka, Map of The Soul :7 pada 21 Februari ini.

Sumber: hankyung

loading...