Sayu kerana terpaksa berpisah jua, Tang Joon Sang akan rindui kelibat abang-abang tersayang dari tvN Crash Landing With You

Tang Joon Sang (16 tahun) mempamerkan gambar-gambarnya bersama dengan tiga orang pelakon drama tvN Crash Landing With You, Yang Kyung Won (38 tahun), Yoo Soo Bin (27 tahun) dan Lee Shin Young (22 tahun) di dalam laman instagram-nya sebentar tadi.

Meletakkan kapsyen, “Saya akan rindui kesemuanya ㅠㅠ. Selamanya nombor lima,” Tang Joon Sang menunjukkan rasa sayu pelakon itu kerana terpaksa berpisah dengan ketiga-tiga pelakon yang dianggap sebagai abang sendiri setelah set penggambaran tvN Crash Landing With You yang akan berakhir tak lama lagi memandangkan watak-watak lakonan mereka tersebut mengkehendakkan mereka senantiasa bersama.Tang Joon Sang berlakon sebagai tentera berpangkat paling rendah, ‘Private’ di dalam kumpulan itu bagi menjayakan misi untuk melindungi Yoon Se Ri (lakonan Seo Ye Jin) dan membawa pulang Ri Jeong Hyuk (lakonan Hyun Bin) kembali ke tanah air mereka, Korea Utara.

tvN Crash Landing With You akan berakhir pada minggu ini dengan jumlah 16 episod bakal ditayangkan.

Sumber: IS Plus

loading...