Ravi, Adik Bongsu ‘2 Days 1 Night’ Tempah Kopi Trak Sebagai Tanda Hadiah Tahun Baru

Sempena tahun baru, Ravi (VIXX) belanja abang-abang dan semua warga staf kopi trak. Ravi memberitahu beliau berniat untuk menjadikan ini sebagai hadiah untuk pertama kali dan terakhir kalinya. Ravi menghantar kopi trak ke lokasi pengambaran di Gochang, provinsi Jeolla Selatan untuk episod minggu lalu.

 

Tergantung di kopi trak bunting yang tertulis, “PD Ravi: 2 Days 1 Night Season 4, destinasi harini adalah kafein. Ayuh minum!”

Niat murni Ravi mungkin tidak kesampaian jika PD Bang Geul Yi , PD sebenar rancangan varieti tersebut tidak membenarkan mereka menikmati air kopi yang Ravi tempah khas untuk mereka. Tetapi, PD wanita pertama untuk rancangan ini tidak begitu kejam dan membenarkan semua ahli menikmati segelas kopi mengikut pilihan masing-masing. Semua ahli dan staf menikmati kopi tempahan Ravi sehingga dapat menarik hati pengadil rasmi rancangan mereka dan berkata sambil bergurau untuk memberi Ravi sedikit kelebihan ketika mengadili pertandingan kelak.

Saksikan ‘2 Days 1 Night’ di saluran KBS World Ch 391 dan Ch 392HD pada setiap hari Ahad jam 4:55 petang. Jangan lupa tonton ‘2 Days 1 Night’ untuk lebih hiburan dan gelak tawa.

loading...