Mengikut data yang dikeluarkan oleh Nielsen Korea, siaran drama SBS” Stove League” pada 7 Februari telah merekodkan purata tontonan diseluruh Kora sebanyak 16.6% dan naik kepada 17.9% pada waktu puncak selaras dengan plot penceritaannya.

Bagi drama JTBC “Itaewon Class” pula, ia memperlihatkan peningkatan yang significant pada episode ketiganya. Drama tersebut yang baru sahaja mula ditayangkan pada 31 Januari lepas mendapat maklum balas yang luar biasa daripada penonton sehingga berjaya catat 8.0% tontonan, iaitu meningkat 2.7% daripada episode sebelumnya.

Baca juga : 3 sebab kenapa perlu tonton drama JTBC “Itaewon Class”

Manakala drama Channel A “Touch” pula merekodkan 0.9% tontonan. Jangan lupa untuk saksikan drama kesukaan anda pada hari ini. SBS “Stove League” boleh ditonton menerusi ONE TV Asia Ch 393 setiap Sabtu dan Ahad pada 6.10 petang, manakala JTBC “Itaewon Class” boleh ditonton menerusi Netflix serta Channel A “Touch” boleh ditonton menerusi K-PLUS Asia juga setiap Sabtu dan Ahad jam 9.15 malam atau menerusi Astro Go.

Sumber : OSEN