IU kembali menyumbangkan suara untuk OST drama “Crash Landing On You” dalam tempoh 9 tahun

Pada 3 Februari, SpoTV melaporkan bahawa IU akan menyanyikan OST bagi drama tvN “Crash Landing on You.” Bagaimanapun, tidak lama selepas itu sumber drama tersebut telah mengesahkan penyertaan IU dengan menyatakan, “Memang benar bahawa IU mengambil bahagian dalam menyanyikan lagu OST untuk ‘Crash Landing on You’. Bagaimanapun, tarikh untuk lagu berkenaan diriliskan belum lagi diputuskan. “

Ini menjadikan kali pertama dalam tempoh 9 tahun IU secara rasmi menyanyikan lagu OST bagi drama Korea sejak lagu “Hold My Hand” untuk MBC “The Greatest Love.” Biarpun lagu IU berjudul “Crayon Pastels” daripada album ketiganya “Modern Times” telah dimasukkan dalam drama  KBS “Bel Ami”, namun ianya tidak dikira sebagai sebahagian daripada soundtrack asal drama itu. Selain itu, lagu nyanyiannya “Our Happy Ending” yang dimainkan dalam drama tvN “Hotel Del Luna” juga tidak dikeluarkan.

Dalam pada itu, IU setuju untuk menyertai OST drama “Crash Landing on You” kerana hubungan baiknya dengan penulis skrip Park Ji Eun, yang pernah bekerjasa dengannya menerusi drama  KBS “The Producers.”

Tak sabar penulis nantikan nyanyian IU bagi menghiasi OST drama “Crash Landing On You”.

Sumber : 1 | 2

loading...