Adik Kim Tae Hee, Lee Wan akhirnya mengahwini pemain golf professional Lee Bo Mi

Akhirnya pelakon Lee Wan dan Lee Bi Mi berkahwin!

Pada hari Krismas yang lalu, pasangan ini telah berkongsi gambar perkahwinan dan tiga hari selepasnya nereka mengadakan majlis kahwin di sebuah gereja secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan-rakan. Kelihatan kakak Lee Wan dan abang iparnya Rain turut sama memeriahkan majlis perkahwinannya.


Agensi Lee Wan, Story J berkongsi, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap orang yang memberikan ucapan tahniah dan turut gembira untuk Lee Wan dan Lee Bo Mi pada perkahwinan mereka pada 28 Disember. Perkahwinan mereka berjalan dengan lancar dan penuh kasih sayang serta sokongan dari ramai pihak.  Sekali lagi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menunjukkan kasih sayang mereka, dan kami berharap anda akan menyokong keduanya tanpa henti biarpun setelah mereka memulakan kehidupan bersama ini. “

Dalam gambar perkahwinan yang dikongsikan, pengantin perempuan kelihatan cantik dalam gaun pengantinnya dan pengantin lelaki pula segak dalam sut lengkap. Keduanya kelihatan sangat bahagia saat mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Dalam satu gambar, mereka berlutut dan berdoa untuk kehidupan yang lebih bahagia serta gembira.

Lee Wan dan Lee Bo Mi mengumumkan pertunangan mereka pada bulan September. Lee Wan mula debut menerusi drama “Stairway to Heaven” tahun 2004. Lee Bo Mi pula menyertai KLPGA pada tahun 2007 dan memenangi empat kejohanan pada 2010. Dia kini bertanding di LGPA Jepun dan memenangi tujuh kejohanan pada musim 2015.

Tahniah kepada Lee Wan dan pasangan serta tahniah juga kepada Kim Tae Hee dan Rain yanh menerima ahli keluarga terbaru.

Sumber : News1 

loading...