Ini dia Artis, Lagu dan Idol Paling Top bagi tahun 2019 pilihan rakyat Korea

Gallup Korea, sebuah syarikat penyelidikan telah mendedahkan keputusan undian bagi artis, lagu dan idol yang paling mendapat perhatian bagi tahun 2019.

Kaji selidik ini telah dijalankan pada bulan Julai, September dan November dikalangan 4,203 rakyat Korea yang berumur 13 hingga 59 tahun untuk mengetahui artis serta lagu kegemaran mereka sepanjang tahun ini.

Peratusan keraguan atau kesilapan hanyalah ±1.5% daripada 95% yang telah membuat piligan dengan penuh keyakinan.

Responden telah diminta untuk menyenaraikan 1 hingga 3 artis pilihan mereka (solo atau berkumpulan) bagi tahun 2019.

Top 10 pilihan daripada responden adalah seperti berikut:

1. BTS (26.3 percent)
2. Song Ga In (18.5 percent)
3. Jang Yoon Jung (11.6 percent)
4. IU (11.6 percent)
5. Hong Jin Young (9.0 percent)
6. TWICE (8.4 percent)
7. Paul Kim (5.4 percent)
8. Red Velvet (4.6 percent)
9. Kim Yeon Ja (4.2 percent)
10. Lim Chang Jung (4.1 percent)

BTS nampaknya kekal menjadi pilihan No.1 untuk dua tahun berturut-turut dan pemenang “Miss Trot”, Song Ga In meletakkan dirinya buat pertama kali ditempat yang kedua. Jang Yoon Jung yang juga penyanyi Trot, kembali menghuni carta Top 10 tahun ini di kedudukan ketiga.

IU dan Hong Jin Young pula masih lagi berjaya mengekalkan kedudukan mereka dalam Top 5.

Untuk soalan yang kedua, responden diminta menyenaraikan sehingga 3 pilihan lagu kegemaran mereka tahun 2019 (walaupun tidak semestinya diriliskan dalam tahun ini).

Ini dia Top 10 pilihan responden:

1. BTS – “Boy With Luv” (5.9 percent)
2. Kim Yeon Ja – “Amor Fati” (4.1 percent)
3. Hong Jin Young – “Love Tonight” (3.6 percent)
4. Paul Kim – “So Long” (3.1 percent)
5. Song Ga In – “Unknown Actor” (2.8 percent)
6. BTS – “Spring Day” / Song Ga In – “Bitter Daedong River” / Jang Yoon Jung – “Call the Soul” (3.2 percent)
9. Jang Yoon Jung – “Love, Truly” (2.6 percent)
10. BTS – “IDOL” (2.5 percent)

Lagu hit BTS “Boy With Luv” dipilih untuk menduduki tempat pertama diikuti lagu daripada Kim Yeon Ja “Amor Fati” yang berada ditempar ke-8 pada tahun lepas. Tempat ke-6 dikongsi bersama tiga lagu iaitu lagu BTS “Spring Day,” Song Ga In – “Bitter Daedong River,” dan lagu Jang Yoon Jung “Call the Soul.”

1,502 individu yang menyertai kaji selidik ini di antara mereka yang berumur 13 dan 29 tahun dikehendaki menyenaraikan sehingga 3, idol pilihan mereka. Bagi soalan ini, peratus kesilapan hanyalah ±2.4% berbanding 95% yang lain begitu yakin memilihnya.

Ini dia Top 20 pilihan mereka:

1. Jimin BTS  (19.1 percent)
2. IU (12.7 percent)
3. Jungkook BTS (11.1 percent)
4. V BTS (9.7 percent)
5. Nayeon TWICE (8.2 percent)
6. Irene Red Velvet (7.9 percent)
7. Taeyeon Girls’ Generation (5.6 percent)
8. Jennie BLACKPINK  (5.5 percent)
9. MAMAMOO’s Hwasa / BTS’s Suga (4.8 percent)
11. Chungha / RM BTS (4.7 percent)
13. BTS’s Jin / Kang Daniel (4.5 percent)
15. Seulgi Red Velvet (4.2 percent)
16. Jeongyeon TWICE (3.8 percent)
17. Jisoo BLACKPINK (2.8 percent)
18. Sana TWICE / Baekhyun EXO (2.4 percent)
20. Joy Red Velvet / Mina TWICE (2.3 percent)

Bagaimana pula dengan pilihan anda? Sama seperti di atas atau ada pilihan tersendiri? Kongsikan bersama kami

Sumber : Gallup Kr

loading...