Henry Lau mungkin kembali bintangi drama menerusi “Dramaworld” musim ke2

Setelah tiga tahun menyepi dari dunia lakonan selepas drama terakhirnya “Oh My Venus”, Henry dilaporkan akan buat kemunculan semula.

Pada 17 Disember, dilaporkan Henry telahpun menerima tawaran untuk membintangi drama “Dramaworld” musim kedua dengan membawakan karakter Seung Woo.

Maklum balas yang diterima daripada agensi Henry, Monster Entertainment memberitahu, ‘Kami masih lagi diperingkat perbincangan dan tiada apa-apa yang telah diputuskan lagi. “

Poster “Dramaworld” musim Pertama

“Dramaworld” adalah sebuah karya bertemakan rom-com dan fantasi. Ianya mengambil lokasi di Los Angeles dan Seoul yang mengisahkan seorang pelajar kolej Amerika, Claire Duncan yang merupakan peminat setia drama Korea. Bagaimanapun, Claire mendapati dirinya bukan lagi sekadar peminat kdrama apabila secara tiba-tiba berada dalam salah satu drama kesukaannya. Musim pertama drama ini telah ditayangkan pada April 2016 dan mendapat sambutan hebat diperingkat global sementelah bintang-bintang seperti Han Ji Min dan Choi Siwon Super Junior membuat penampilan istimewa.

Jika Henry menyatakan persetujuannya, maka inilah drama pertama Henry dalam tempoh tiga tahun. Pasti ramai peminat Henry mengharapkan agar selebriti tersebut membintangi drama ini.

“Dramaworld” musim kedua akan memulakan pengambaran pada awal tahun hadapan setelah pemilihan barisan pelakon selesai.

Sumber : NewsenSports.khan

loading...