Pemilihan anggota X1, IZ*ONE dan Wanna One telah dirancang dari awal, sebelum undian dibuka

Laporan dari portal berita Hankook Ilbo telah memberitahu bahawa terdapat beberapa lagi tuduhan terhadap isu manipulasi undian siri “Produce 101.”

Pada 5 Disember, laporan menyatakan raking kedudukan ahli IZ*ONE,  X1 dan Wanna One telahpun diaturkan sebelum undian dibuka kepada umum.

Maklumat mengenai “Produce 101” ini diperolehi daripada dakwaan bertulis daripada team produksi dan eksekutif agensi hiburan, iaitu assembly person (anggota perhimpunan) Ha Tae Kyung yang diterima daripada Pejabat Pendakwaraya Daerah Pusat Seoul.

Berdasarkan dakwaan bertulis itu, mereka termasuk ketua penerbit Kim Yong Bum dan PD Ahn Joon Young kini disyaki terlibat dalam menetapkan barisan finalis yang menganggotai  IZ*ONE dan X1, tanpa mengambilkira undian daripada penonton. Ahn Joon Young juga didakwa kerana manipulasi jumlah undian salah seorang bekas anggota Wanna One agar pelatih tersebut boleh debut bersama kumpulan itu.

Ia dilaporkan berkata dalam surat dakwaan bertulis tersebut bahawa pada 17 Julai tahun ini (dua hari sebelum berakhirnya  rancangan “Produce X 101”), tiga orang termasuk Kim Yong Bum dan Ahn Joon Young bertemu di ruang mesyuarat CJ ENM untuk memutuskan 11 pelatih pilihan mereka  yang akan debut dan menentukan kedudukan mereka. Hankook Ilbo menerangkah bahawa aktiviti ini dibuat setelah mereka menyaksikan undian akhir pada separuh masa pertama. Mereka mendapati ada beberapa pelatih dalam Top 11 yang pernah debut bersama kumpulan idol yang lain, jadi mereka mahu  mengeluarkan pelatih yang berkenaan.

Dilaporkan juga dari siasatan yang mendedahkan bahawa undi online pada Mei dan undian secara langsung dimanipulasi supaya seorang pelatih yang berjaya ke pusingan pertama dikeluarkan manakala seorang pelatih (yang mungkin tidak layak) lain dipilih. Pada pusingan ketiga yang menentukan Top 20, dikatakan mereka juga menggunakan kaedah yang sama untuk menukar dua pelatih yang dimahukan mereka.

Ahli kumpulan IZ*ONE juga dilaporkan telah dipilih terlebih dahulu sebelum undian dibuka kepada umum. Kim Yong Bum dan Ahn Joon Young telah sepakat memilih 12 pelatih dan ranking kedudukan mereka sebelum undian akhir pada siaran secara langsung Ogos 2018.Sama seperti siri “Produce X 101,” mereka melihat calon bukan kegemaran mereka berada dalam Top 12, jadi mereka melakukan aktiviti sama (manipulasi) untuk mengeluarkan pelatih bukan pilihan itu.

Turut dilaporkan juga bahawa seorang ahli bekas kumpulan Wanna One terpilih kerana aktiviti manipulasi ini. Digambarkan PD  Ahn Joon Young telah menukar kedudukan dua pelatih di episode terakhir “Produce 101 Season 2” pada Jun 2017.  Seorang pelatih yang berada dalam Top 11 gagal debut bersama Wanna One kerana seorang lagi pelatih pilihan telah mengambil tempatnya.

Sebagai tambahan, Ahn Joon Young dilaporkan telah menukar kedudukan dua pelatih “Produce 101 Season 2” dipusingan awal rancangan tersebut pada Mei 2017 yang mara ke Top 60. Jadi, mengeluarkan pelatih bukan pilihan yang sepatutnya layak memberi peluang kepada pelatih yang lain.

Dia juga dilaporkan menjalankan kegiatan yang sama dipusingan pertama “Produce 101” pada Februari 2016 dengan menyingkirkan dua orang pelatih bukan pilihan yang sepatutnya layak dan beri peluang kepada pelatih yang lain.

Pakatan daripada team produksi dan eksekutif agensi hiburan turut didedahkan dalam siasatan tersebut. Bermula dari Januari 2018 hingga Julai 2019, Ahn Joon Young telah menerima pakej hiburan sebanyak 47 kali berjumlah  46.83 million won (lebih kurang $39,340), yang dibayar oleh lima eksekutif daripada empat agensi hiburan. Pakej perkhidmatan hiburan itu dibayar sebagai balasan mengatur penampilan pada  “Produce 48” dan “Produce X 101” serta menyunting mengikut kemahuan mereka. bly.

Hankook Ilbo melaporkan keuntungan yang dijana CJ ENM adalah sebanyak 124.65 million won (lebih kurang $104,710)  menerusi undian secara pesanan ringkas untuk siri  “Produce 48” dan “Produce X 101.”

Sumber : Hankook Ilbo

loading...