Bekas ratu 2NE1, Park Bom dan Sandara Park akan berpadu suara untuk ‘First Snow’

Park Bom dan Sandara Parak dari kumpulan 2NE1 akan bergabung sama untuk sebuah lagu baru.

Pada 6 Disember, agensi Park Bom,  D-NATION secara rasmi mengumumkan bahawa, “Park Bom akan riliskan sebuah lagu duet berjudul ‘First Snow’, di mana dia akan menyanyikannya bersama Sandara Park pada 10 Disember, jam 6 PM KST.”

Walaupun Sandara Park pernah menyumbangkan suaranya untuk Single Park Bom “Spring” yang dikeuarkan pada Mac lepas, “First Snow” akan menjadi koloborasi rasmi bekas ahli kumpulan 2NE1 ini. Biarpun mereka kini di bawah pengurusan agensi berbeza, namun ikatan persahabatan mereka tetap utuh sehinggakan membawa kepada koloborasi bersama ini.

Single terbaru Park Bom ini akan menjadi kemunculan semulanya setelah mengeluarkan album repackaged “Blue Rose” pada Mei lepas yang mengandungi lagu berjudul “Wanna Go Back.” Lagu tersebut pertama kalinya dipersembahkan ketika Park Bom menyertai rancangan Mnet “Queendom” baru-baru ini.

Lagu duet Park Bom dan Sandara Park akan diriliskan secara atas talian pada 10 Disember, jam 6PM KST.

Sumber : sedaily

loading...