[Gempar] Pelakon pembantu drama ‘Love With Flaws’ Cha In Ha ditemui mati

Menurut laporan ekslusif daripada Enews24, pada 3 Disember, pelakon baru dan ahli kumpula Surprise U, Cha In Ha  telah ditemui mati di rumahnya dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan untuk mencari punca kematiannya.

Agensi Cha In Ha  juga turut mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Kami ada mendengar mengenai laporan tersebut dan sedang menelitinya.

— Fantagio

Maklumat lanjut mengenai lokkasi kejadian di mana mayatnya  ditemui atau sebab kematiannya belum lagi didedahkan kepada umum.

Cha In Ha mula debut pada 2017 menerusi filem “You, Deep Inside of Me” dan merupakan ahli kumpulan pelakon lelaki di bawah agensi Fantagio yang dinamakan Surprise U. Sejak debut, Cha In Ha telah membintangi beberapa drama seperti “Temperature of Love”, “Wok of Love”, “Clean with Passion for Now”, “The Banker” dan terbaru “Love With Flaws”  atau “People With Flaws” sebagai pelakon pembantu. “Love With Flaws” kini sedang ditayangkan dirangkaian MBC dan Oh!K TV Asia Ch 394.

Ketika mendapatkan kenyataan dari wakil produksi “Love With Flaws” yang diterajui oleh Oh Yeon Seo dan Ahn Jae Hyun, mereka memberitahu:

Kami sedang cuba untuk memahami situasi saat ini.

— Produksu “Love With Flaws”

Nantikan maklumat lanjut.

Sumber : enews24 | Naver

loading...