‘Fan Meeting’ untuk peminat sebagai tanda terima kasih dari Kim Woo Bin

Sejak muncul dikhalayak umum pada Anugerah Blue Dragon Film kali ke-40 sebagai penyampai anugerah baru-baru ini, Kim Woo Bin kini kembali sedia untuk aktif. Terbaru, Kim Woo Bin dilaporkan akan menganjurkan fan meeting bersama peminatnya yang tidak pernah jemu memberikan sokongan dan kasih sayang terhadapnyanya. Fan Meeting ini dipercayai satu aktiviti yang sangat bermakna buat Kim Woo Bin untuk sama-sama berkumpul kembali bersama peminat dan sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang sentiasa bersamanya.

Pada 27 November, satu pengumuman telah dibuat oleh agensinya bahawa Kim Woo Bin akan mengadakan satu fan meeting yang dinamakan “2019 Kim Woo Bin ‘Thank You’” fan pada 8 Disember bertempat di SMTOWN Theatre. Ini adalah aktiviti yang pertama Kim Woo Bin bersama peminat setelah berehat untuk mendapatkan rawatannya. Yang pasti aktiviti ini satu perhimpunan yang akan dipenuhi pelbagai emosi setelah Kim Woo Bin kembali sihat dan akan kembali aktif semula. Kim Woo Bin juga pernah menyatakan, atas sokongan peminatlah dia tekad untuk segera sihat dan kembali aktif.

Kim Woo Bin telah berehat seketika setelah di diagnosis menghidapi kanser hidung pada Mei 2017 dan sejak dari itu dia hanya memfokuskan kepada sesi rawatan.

Fan meeting yang akan diadakan ini akan diselitkan dengan pelbagai sesi berbual bersama peminat di mana Kim Woo Bin akan berkongsi tentang pengalaman, kehidupan dan juga akan menunjukkan kasih sayang tidak terhingga kepada para peminat.

Pasti, ramai peminat tidak sabar untuk turut sertai fan meeting bersama Kim Woo Bin. Apapun, selamat kembali Kim Woo Bin dan kami akan sentiasa menyokong serta nantikan projek terbaru dari anda.

Sumber : Newsen 

loading...