ASTRO sakan menayang muka ‘poyo’ masing-masing demi program bual bicara bersama SBS Power Time

Program bual bicara SBS Power Time kendalian Choi Hwa Jeong menerusi corong radio Power FM telah mengeluarkan beberapa foto swafoto ahli-ahli Astro untuk tatapan netizen sebelum siaran bermula.

Tulisnya dalam media sosial tadi, “Inilah wajah-wajah Astro yang saya pernah saksikan sejak ‘debut’.” Cha Eun Woo, Myeong Jun (MJ), Jin Jin, Minhyuk (Rocky) dan Yoon San Ha dilihat mempamerkan gambar swafoto masing-masing. Walaubagaimanapun, gambar Moon Bin tidak kelihatan kerana telah direhatkan atas masalah kesihatan.

Astro sedang gigih mempromosikan album mini keenam mereka, ‘Blue Flame’ sejak dilancarkan pada 20 November lalu.

Sumber: IS Plus

loading...