9 pelakon ini pernah berpakaian wanita dan nampak cantik dalam lakonannya

Walaupun terdapat pelbagai cara untuk seseorang pelakon itu membawakan watak lakonannya. Namun yang paling mencuri perhatian penonton apabila aktor berpenampilan wanita dalam drama. Sungguh, ada diantara mereka memang tampak berbeza ketika menggayakan watak sebagai wanita bahkan ada yang nampak seperti wanita sebenar.

Nah ini dia 9 aktor yang pernah membawakan atau membuat penyamaran sebagai wanita dalam drama

1. Jang Dong Yoon

Jang Dong Yoon muncul dalam drama KBS  “The Tale of Nokdu” sebagai seorang lelaki yang menyamar sebagai seorang wanita. Dalam drama adaptasi dari sebuah webtoon yang juga tajuk yang sama, karakternya sebagai Jeon Nokdu mebuatkan Jang Dong Yoon berpakaian wanita kerana ingin memasuki sebuah kampung yang dihuni oleh wanita sahaja. . Jang Dong Yoon kelihatan cantik dalam membawakan wataknya sekaligus berjaya mencuri perhatian para peminat.

2. Kim Nam Gil

Kim Nam Gil pula boleh dilihat berpenampilan wanita dalam drama SBS “The Fiery Priest.” Dalam drama tersebut, karakter Kim Nam Gil sebagai Kim Hae Il terpaksa menyamar menjadi wanita. Penampilannya ketika itu berjaya menarik perhatian ramai apabila mengenakan coat berwarna biru langit, dress merah jambu dan stokin hitam. Dia melengkapkan gaya wanitanya dengan lipstik merah, eyeliner dan memakai rambut palsu. Ketika adegan tersebut di episode 21-22,  Dae Young memarahinya kerana memakai dress pendek untuk mendaki gunung, lantas Hae Il menoleh belakang dan berkata, “Buat hal sendirilah, jangan sibuk.”

3. Lee Yi Kyung

Lee Yi Kyung membawakan watak seorang pelakon yang bercita-cita tinggi dalam drama JTBC “Welcome to Waikiki 2.” Dia telah berjaya berubah menjadi watak Harley Quinn dari filem Hollywood “Suicide Squad” dengan sempurna. Ki Bong (lakonan Hyun Soo) turut sertainya dan berpakaian sebagai  Catwoman. Lee Yi Kyung juga pernah berpakaian wanita untuk satu adengan di mana dia membawakan watak pendua seorang pelakon wanita.

4. Kim Min Suk

Kim Min Suk pernah muncul dalam satu projek drama tvN berjudul  “Drama Stage” di mana dia berpakaian wanita dan menunjukkan betapa cantiknya Kim Min Suk saat itu. Dalam dram tersebut, Kim Min Suk menyamar sebagai perempuan untuk mengeluarkan duit di sebuah ATM tanpa dikenali oleh sesiapun. Wataknya digambarkan sebagai dia nampak gagah dan tegas macam lelaki tapi luarannya berpakaian wanita yang punya rupa yang menarik.

Kim Min Suk memakai rambut palsu, eyeliner, stokin dan miniskirt, sekaligus membuat ramai tertawan tatkala dia menghayun rambut warna coklatnya ke belakang. Dalam satu temuramah, Kim Min Suk memberitahu bahawa dia tidak tahu betapa sukarnya untuk memakai stokin. Dia berkata, “Mulanya saya rasa kekok, tapi lama-lama saya rasa ia agak cantik. Satu pengalaman yang menyeronokkan.”

5. Yoo Seung Ho

Pelakon Yoo Seung Ho berpakaian wanita buat pertama kalinya menerusi filem “Seondal: The Man Who Sells the River” pada tahun 2016. Dalam filem itu, dia membawakan watak Kim Seon Dal, seorang penipu terhebat yang telah memperdayakan raja dan menjual sebuah sungai yang tiada pemilik. Yoo Seong Ho mengenakan pakaian tradisi Korea yang cantik, Hanbok untuk kelihatan sebagai seorang wanita.

Bagaimanapun, Yoo Seung Ho berkongsi kekecewaannya kerana dia mulanya berpandangan akan kelihatan seorang wanita yang cantik, tapi akhirnya tetap kelihatan seperti lelaki.  Ra Mi Ran menjawab,” Dia berada dikedudukan No.1 dikalangan kita semua.” Sebaliknya, Go Chang Suk bersetuju dengan pendapat  Yoo Seung Ho dan berkata, “Dia nampak macam lelaki yang memakai skirt.”

6. Ji Sung

Watak Ji Sung dalam drama MBC “Kill Me, Heal Me,” adalah sebagai Cha Do Hyun, seorang lelaki yang memiliki tujuh personaliti yang berbeza. Salah satu personalitinya adalah seorang pelajar perempuan sekolah tinggi yang berusia 17 tahun, bernama Ahn Yo Na. Ahn Yo Na seorang gadis yang lebih mementingkan rupanya daripada pelajarannya dan gemar mengejar penyanyi idol.

Ji Sung berjaya menggambarkan watak seorang gadis sekolah menengah yang nakal dan tidak boleh dijangka perangainya, Ji Sung dikenali sebagai “kissable lips,” telah mendapat pujian di atas persembahannya dan transormasinya. was praised for his performance and transformation. Bibir merah jambu terang menjadi trademark untuk peranan Ahn Yo Na bahkan pemoles bibir dengan warna yang sama turut dijual. Pemoles bibir itu dikeluarkan pada tahun 2013 dan mula dikenali hanya selepas Ji Sung menggunakannya setahun selepas ianya dikeluarkan.

7. Seo Kang Joon

Menerusi drama seperti “The Third Charm” dan “Watcher“, Seo Kang Joon telah menjadi seorang pelakon yang dikenali mempunyai rupa paras menarik dan seseorang yang dipercayai peminat yang akan memberikan preatasi lakonan yang berkualiti. Dalam lakonannya yang terdahulu menerusi sebuah drama web “After School: Lucky or Not”, Seo Kang Joon dituntut untuk berpenampilan seperti wanita. Dia mengenakan rambut palsu panjang dan nampak sangat menawan dalam mempersembahkan wataknya.

Dalam satu temubual, Seo Kang Joon memberitahu, “Semasa di sekolah tinggi, ada satu pertandingan pakaian wanita dan saya selalu dicalonkan, maka saya terpaksa ambil bahagian.” Disebabkan itu, dia tidak lagi rasa kekok dan malu untuk berjalan dengan selesa. Dia menjelaskan yang dia tidak pernah memenangi pertandingan itu kerana orang yang paling tidak menarik selalunya menang dan disebabkan ramai yang berpendapat dia nampak cantik, jadi dia tidak punya peluang utnuk menang.

8. Ji Chang Wook

“Pakar komedi romantik” Ji Chang Wook kini sedang membintangi drama arahan PD Ma Dong Suk, tvN “Melting Me Softly.” Penampilan pertamanya selepas keluar dari tentera memang mencuri perhatian ramai.  Di suatu ketika, Ji Chang Wook juga berjaya menawan penonton dengan kecantikannya. Drama Chanel A “Bachelor’s Vegetable Store” adalah sebuah kisah yang menyentuh hati di mana ia menceritakan tentang seorang pemuda yang menganggur bekerja keras untuk masa depan mereka. Untuk drama ini, Ji Chang Wook bertukar menjadi ahli sihir yang menjual epal. Dia berpakaian seperti ahli sihir utnuk mempromosikan buah epalnya dengan cara yang unik dan menarik.

9. Lee Joon Gi

Lakonan Lee Joon Gi  paling menyerlah adalah menerusi filem “The King and the Clown” pada tahun 2006. Dalam filem itu, Lee Joon Gi membawakan watak seorang badur yang bersifat kewanitaan. Persaingan untuk mendapatkan watak yang di bawakan oleh Lee Joon Gi sangat sengit apabila 1,000 pelakon telah mencuba nasib mereka, Lee Joon Gi telah membuktikan bahawa dia adalah calon yang paling sesuai untuk watak tersebut dengan dengan lakonan yang mantap serta kecantikannya yang sempurnya. Karakternya dalam filem itu telah menyebabkan filem ini mendapat perhatian ramai sekaligus menjadikannya bintang.

Sumber : Naver | Money S | Soompi |

loading...