Jeong Jinwoon (2AM) dan Kyungri rupanya memang bercinta!

Pada 13 November, SBS funE melaporkan Jeong Jinwoon 2AM dan bekas ahli kumpulan 9MUSES, Kyungri sedang menyulam cinta.

Menurut SBS funE juga, beberapa sumber dari industri memberitahu bahawa keduanya mula berpasangan sejak tahun 2017. Satu sumber memberitahu media, “Setiap kali Jeong Jinwoon dapat cuti dari tentera, dia akan menikmati masanya bersama Kyungri tanpa menghiraukan perhatian masyarakat disekeliling. Nampaknya mereka benar-benar serius tentang perhubungan itu.”

Saat media ingin mendapat kepastian akan perkara ini, agensi Jeong Jinwoon dan Kyungri dicari. Namun, keduanya akan cuba mendapatkan jawapan dari artis-artis mereka.

Bagaimanapun, pada 13 November juga, agensi Jeong Jinwoon; Mystic Story telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.

Hello, ini Mystic Story.

Ini merupakan kenyataan kami berhubung laporan berita mengenai kisah cinta Jeong Jinwoon

Jeong Jinwoon dan Kyungri mula rapat sebagai rakan artis sejak keduanya telah bekerjasama dalam beberapa program bersama, dan sejak hujung tahun 2017, hubungan keduanya mula membibitkan perasaan kasih sayang. 

Kami harap anda tolong tengok-tengokkan mereka dengan penuh positif. Harap anda semua terus memberikan mereka sokongan, di mana Jeong Jinwoon kini sedang menjalani khidmat tenteranya dengan penuh dedikasi manakala Kyungri pula akan terus muncul dikaca tv anda. 

Pada Disember 2017, Jeong Jinwoon dan Kyungri telah meriliskan satu lagu duet berjudul “White Christmas” dan telah muncul dalam rancangan variety Comedy TV “Guys Who Buy New Products” bersama.

Jeong Jinwoon telah memasuki khidmat tentera Mac lepas dan selepas 9MUSES  bubar, Kyungri meninggalkan Star Empireml pada Julai lepas. Kini, Kyungri muncul untuk satu program MBC “Section TV Entertainment News” dan mengelolakan cenel YouTube sendiri.

Tahniah diucapkan pada Jeong Jinwoon dan Kyungri.

Sumber : Newsen | Naver | Sports.donga

loading...