Blackpink cipta sejarah kumpulan kpop pertama raih tontonan melebihi 1 billion di Youtube

Kumpulan kpop perempuan paling sensasi di Malaysia dewasa ini, Blackpink, melakar sejarah tersendiri menjadi kumpulan kpop pertama meraih jumlah tontonan melebihi 1 billion di Youtube menerusi lagu popular mereka, ‘Ddu du ddu du’ yang dilancarkan pada tahun 2018.

Walaubagaimanapun, rekod jumlah tontonan tertinggi pernah dicapai oleh artis kpop kelahiran Korea masih dipegang oleh Psy menerusi lagu viral-nya, ‘Gangnam Style’ dan ‘Gentlemen’ masing-masing dikeluarkan pada tahun 2012 dan 2013. Mengekori rapat Blackpink ialah lagu ‘DNA’ dendangan kumpulan BTS dengan lebih 865 juta tontonan yang diperolehi setakat ini.

Menambah kejayaan manis Blackpink, kumpulan ini turut membawa pulang tiga anugerah di People Choice Awards yang berlangsung semalam iaitu The Group of 2019, The Music Video of 2019 dengan lagu ‘Kill This Love’ dan Concert Tour of 2019 menerusi konsert jelajah serantau dunia, ‘Blackpink 2019 World’. Blackpink turut menumpaskan pesaing kpop terdekatnya, BTS selain beberapa kumpulan ternama di serata dunia untuk dijulangkan anugerah populariti berkenaan.

Tahniah diucapkan buat Blackpink!

loading...