Kang Haneul nyanyi serangkap lagu perpisahan ‘Stairway To Heaven’ buat Son Dambi

Son Dambi berkongsi beberapa video dan gambar di laman instagram-nya, mengucapkan selamat tinggal kepada krew drama KBS When Camellia Blooms termasuklah pelakon Gong Hyo Jin dan Kang Haneul setelah selesai menjalani penggambaran bersama mereka.

Antara yang menarik dikongsikannya ialah video yang memaparkan Kang Haneul mengirimkan serangkap lagu yang dinyanyikannya sendiri buat Son Dambi.

“Saya akan nyanyikan lagu ini buat kakakku ini. Saya nak berjumpa sangat dengannya. Dia ini tengah menderita, janganlah ‘mati’ cepat,” katanya sambil mengalunkan serangkap lagu, ‘Saya rinduimu’ yang dipetik daripada lagu popular nyanyian Kim Bum Soo untuk OST drama Stairway To Heaven.

View this post on Instagram

하늘아 넌 역시 천사야 고마워❤️

A post shared by 손담비 (@xodambi) on

Son Dambi melakonkan watak Choi Hyang Mi, seorang pekerja stor separuh masa di bar arak Camellia, milik Dong Baek (lakonan Gong Hyo Jin). Episod 31 dan 32 drama itu baru-baru ini telah mencatat peningkatan rating sehingga 18.8%, tertinggi pernah dicapai olehnya sejak ditayangkan bermula 18 September lalu. Ia juga menjadikan drama Gong Hyo Jin paling popular sejak SBS Master’s Sun yang disiarkan pada tahun 2013.

Buat peminat kdrama Malaysia, anda boleh tontoni drama ini di Netflix secara langsung sejam selepas waktu tayangan di Korea, setiap hari Rabu dan Khamis.

Sumber: OSEN

loading...