Sekitar sesi bacaan pertama skrip drama “Itaewon Class” manakala David Lee, Lee Joo Young, & Kim Hye Eun sah sertai yang lain

Drama JTBC terbaru yang bakal mengisi slot Jumaat – Sabtu pada tahun hadapan “Itaewon Class” telah berkongsi gambar dari sesi pembacaan skrip pertama yang dihadiri oleh para pelakon dan krew drama.

“Itaewon Class” dibintangi oleh  Park Seo Joon, Kim Da Mi, Nara, Yoo Jae Myung, Kim Dong Hee, Ahn Bo Hyun, dan terbaru turut disertai oleh David Lee, Lee Joo Young, serta Kim Hye Eun.  ‘Itaewon Class’ menceritakan kisah usahawan muda yang tinggal di Itaewon – sebuah jalan kecil yang dipenuhi dengan pelbagai benda yang mewakili seluruh dunia.

Park Seo Joon memegang watak utama drama sebagai Park Sae Roi, seorang anak muda yang penuh bersemangat dan bercita-cita untuk menjadi usahawan dalam bidang makanan. Berbeza pula dengan pelakon Kim Da Mi yang memegang watak Yoo Ji Seo  seorang sosiopath yang sangat bijak kerana pandai menggunakan kelebihannya sebagai ‘influencer’ di media sosial dan juga kemahiran ‘blogging’-nya untuk mengubah persepsi netizen terhadap dirinya. Kwon Nara pula melakonkan watak kekasih pertama Park Sae Roi, Oh Soo Ah, manakala Yoo Jae Myung membawa watak CEO syarikat katering besar, ‘Zhangji ‘ bernama Jang Dae Hee.

“Itaewon Class” mendapat khidmat pengarah Kim Sung Yoon yang pernah mengarahkan drama  of ‘Moonlight Drawn by Clouds’. Drama ini akan bersiaran pada setengah tahun pertama tahun hadapan.

Sumber : Hankyung |

David Lee, Lee Joo Young, & Kim Hye Eun sah sertai Park Seo Joon yang lain dalam “Itaewon Class”

Beberapa lagi pelakon yang telah menyatakan persetujuan untuk membintangi drama terbaru JTBC  “Itaewon Class” sekaligus akan menyertai Park Seo Joon, Kim Da Mi, Yoo Jae Myung, dan Kwon Nara.

“Itaewon Class” adalah drama adaptasi dari sebuah webtoon popular Daum yang sama tajuknya. Drama ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang memberontak dan bangkit untuk menentang ketidak-adilan dalam dunia dan memulakan perniagaan makanan di Itaewon. Terbaru David Lee, Lee Joo Young, dan Kim Hye Eun akan menyertai barisan pelakon drama ini yang lain.

David Lee akan membawakan watak sebagai Lee Ho Jin, yang bekerja dengan Park Sae Roy (Park Seo Joon) dalam perniagaan barunya itu. Lee Ho Jin dan Park Sae Roy merupakan kawan yang telah membuat perancangan untuk berjaya bersama-sama. David Lee telah menunjukkan aura yang hebat dalam episode 9 drama “Hotel Del Luna,” jadi para penonton tidak sabar menantikan dia beraksi lagi dalan watak yang berlainan.

Lee Joo Young pula Ma Hyun yang sentiasa ‘cool’ dan bekerja sebagai chef di pocha (kedai street food) milik Park Sae Roy. Karakter Ma Hyun digambarkan seseorang yang sentiasa memberikan keselesaan, semangat serta sokongan dan berani berdepan dengan dunia yang penuh cabaran. Terbaru, Lee Joo Young mendapat perhatian dan sokongan ramai menerusi lakonannya sebagai Yoon Young filem “Maggie” yang telah dikeluarkan September lepas.

Kim Hye Eun akan melakonkan watak Kang Min Jung,seorang pengarah eksekutif di Jangga Group. Dia seorang wanita yang bekerja keras. Kang Min Jung bermula dari bawah sehingga menjawat jawatan pengarah eksekutif hasil dari ilmu yang dipelajari dari bapa Park Sae Roy dan kini menjadi orang yang paling kanan Park Sae Roy. Kim Hye Eun juga pernah membintangi drama SBS “Doctor John,” yang digambarkan sebagai seorang doktor yang dedikasi serta berbakat besar.

“Itaewon Class” akan bersiaran pada setengah tahun pertama tahun hadapan.

Sumber : sedailyhankookilbo | hankookilbo

loading...