YG tetap tak galak peminat kunjung hari pelepasan Taeyang dan Daesung BIGBANG

Nampaknya BIGBANG akan kembali bersatu tak lama lagi. Terbaru agensi YG Entertainment telah berkongsi satu kenyataan berhubung dengan hari penamatan khidmat tentera Taeyang dan Daesung.

Terdahulu pada pertengahan Oktober, agensi berkenaan tidak menggalakkan peminat untuk mengunjungi lokasi pembebasan mereka dari perkhidmatan tentera ekoran virus African swine fever (ASF). Pada 26 Oktober lepas, G-Dragon telahpun menamatkan khidmat tenteranya sekaligus menjadikannya ahli BIGBANG kedua bebas selepas TOP.

Pada 4 November, YG sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

Hello. Ini YG Entertainment.

Di sini ada satu permintaan berhubung dengan pelepasan ahli BIGBANG, Taeyang dan Daesung daripada khidmat tentera. 

Menurut Kementerian Pertahanan, Taeyang dan Daesung akan menamatkan perkhidmatan tentera mereka pada 10 November bertempat di Ground Operations Command Yongin, di Wilayah Gyeonggi.

Pangkalan tentera di mana keduanya berkhidmat bertempat di sempadan. Lokasi berkenaan telah dikesan virus African swine fever (ASF) [demam khinzir] dan kini ianya di bawah kawalan pusat. Oleh itu, wakil daripada pihak tentera telah menerangkan bahawa mereka terpaksa menukar lokasi penamatan kerana mereka menjangkakan kunjungan daripada peminat dan juga media. 

Sebagai tambahan, ianya agak sukar untuk menyediakan ruang letak kereta berasingan pada hari pembebasan mereka di Ground Operations Command, dan ruang hadapan di pangkalan tersebut sangat terhad, jadi kami mohon agar para peminat dan media elakkan daripada berkunjung ke lokasi berkenaan atas faktor keselamatan.

Kami sangat berterima kasih kepada anda yang setia menantikan pelepasan Taeyang dan Daesung, dan kami dengan sepenuh hati mohon pemahanan serta kerjasama anda berhubung perkara ini sekali lagi. 

Terima kasih. 

Sumber : Xportnews

loading...