Tiket CAT 1, CAT 2 dan CAT 3 ‘SEVENTEEN WORLD TOUR IN KUALA LUMPUR’ HABIS dijual dalam tempoh sehari saja!

Wow, sesuatu diluar jangkaan. Laku keras betul tiket konsert SEVENTEEN yang akan datang ni.

Kumpulan popular Korea selatan, SEVENTEEN akan membawakan siri jelajah “ODE TO YOU” ke Kuala Lumpur pada tahun hadapan. SEVENTEEN WORLD TOUR  <ODE TO YOU> IN KUALA LUMPUR akan diadakan di Axiata Arena pada 22 Februari 2020. Ini merupakan kali ketiga kumpulan SEVENTEEN mengadakan konsertnya di Malaysia dan kali pertama lokasi konsertnya bertempat di Axiata Arena. Sejak pihak penganjur iMe MY mengumumkan mengenai maklumat penjualan tiket, nampaknya CARAT (kelab peminat SEVENTEEN) tidak sabar-sabar untuk memiliki tiket mereka dan penantian mereka berakhir apabila ianya mula dijual sejak semalam 2 November.

Pelancaran jualan tiket SEVENTEEN WORLD TOUR [ODE TO YOU] IN KUALA LUMPUR secara ‘offline’ telah diadakan pada 2 November bertempat di Atria Shopping Gallery,  mulai 11 pagi. Sebelum tiket dijual secara rasmi, lebih kurang 1,000 peminat telah mulai beratur di kompleka beli belah untuk membeli tiket impian mereka. Disebabkan itu, keadaan kompleks membeli belah tersebut menjadi sesak biarpun sebelum ianya memulakan operasi lagi.

Penjualan tiket secara ‘offline’ berlarutan selama 5 jam sehingga jam 4 petang. Setelah penjualan tiket ‘offline’ berakhir, pihak penganjur iMe MY mengumumkan bahawa tiket kategori CAT 1, CAT 2 dan CAT 3 telah habis dijual. Peminat yang tidak dapat hadir membeli tiket secara ‘offline’ boleh mendapatkan tiket menerusi pembelian atas talian yang dilancarkan pada hari yang sama, mulai jam 6 petang. Ekoran sambutan yang sangat menggalakkan, sistem jualan secara atas talian tergendala buat seketika. Penjualan tiket kembali beroperasi selepas beberapa jam dan baki tiket untuk kategori CAT 1, CAT 2 dan CAT 3 juga turut habis dijual. Tiket bagi kategori VIP dan zon ODE masih lagi boleh didapati dengan jumlah yang sangat terhad. Namun bagi zon ODE, ianya hampir habis dijual.

SEVENTEEN telah memulakan siri jelajah  <ODE TO YOU>  di Seoul selama tiga hari pada bulan lepas. Kesemua tiket untuk tiga hari konsert tersebut habis dijual sekaligus menunjunjukkan populariti SEVENTEEN semakin meningkat.  13 ahli kumpulan yang terdiri daripada S.coups, Jeonghan, Joshua, Jun, Hoshi, Wonwoo, Woozi, The 8, Mingyu, DK, Seungkwan, Vernon dan Dino telah memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan dengan persembahan yang mantap.

Penggunaan nama  <ODE TO YOU> untuk konsert kali ini sebenarnya membawa maksud yang istimewa. Ia bermaksud lagu untuk kamu (“song for you”). Selain dari itu, mereka telah mengeluarkan album ketiga mereka “An Ode” yang mengandungi 11 buah lagu yang telah ditulis oleh Woozi (salah seorang anggota SEVENTEEN) dan Bumzu. Ahli yang lain juga turut menyertai menghasilkan lirik lagu  untuk “FEAR” dan “HIT” sekaligus mendapat perhatian ramai. Berkonsepkan ‘dark’ dan koreografi yang tidak pernah mengecewakan dalam kemunculan semula baru-baru ini mempamerkan sisi mereka yang seksi dan membuatkan peminat terpesona serta jatuh cinta sekali lagi dengan SEVENTEN.

SEVENTEEN WORLD TOUR <ODE TO YOU> IN KUALA LUMPUR akan diadakan di Axiata Arena pada 22 Februari 2020, mulai jam 7.00 malam. Tiket-tiket yang tinggal dijual pada harga RM687 (Standing and seated) dan RM587 (ODE Zone). Harga tiket-tiket ini tidak termasuk dengan cas pemprosesan sebanyak RM4 dan peminat boleh mendapatkannya Ticket Charge.  

Tiket bagi kategori CAT 1, CAT 2 dan CAT 3 telah habis dijual!


Sebagai peringatan, pihak penganjur,  iMe MY berharap agar peminat mendapatkan tiket masing-masing melalui prosedur yang betul dan berhemah. Mereka juga menggesa para peminat untuk tidak membeli tiket dari mana-mana pihak ketiga atau mereka yang menjuak semula tiket untuk mengelakkan daripada membeli tiket palsu. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, sila teruskan mengikuti penganjur di platform media sosial di Facebook iMe MY, Twitter imemalaysia dan Instagram ime.malaysia .

loading...