Rowoon buktikan bahawa dirinya pelakon serba boleh menerusi wataknya dalam “Extra-Ordinary You”

Nampaknya Rowoon semakin dikenali sebagai seorang pelakon sejak membintangi drama “Extra-Ordinary You,” kerana dia dikatakan seorang pelakon yang serba boleh.

“Extraordinary You” menceritakan mengenai pelajar disekolah menengah bernama Eun Dan Oh (Kim Hye Yoon) yang mendapati bahawa dia merupakan karakter dalam ‘manhwa’ (komik Korea). Apabila Eun Dan Oh bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali dan tidak mempunyai nama dalam cerita ini yang kemudian menamakannya sebagai Ha Roo (Rowoon), dia ambil keputusan untuk melawan takdirnya serta mencari cinta sejatinya.

Rowoon bukan hanya berjaya mencuri tumpuan ramai kerana penampilannya yang menarik serta memiliki fizal yang tinggi bahkan dia menjadi tumpuan kerana kemampuan lakonannya yang serba boleh.  Pertama, Rowoon yang membawa watak Ha Roo digambarkan seorang yang naif dan pendiam, tidak dikenali dan tidak dipedulikan. Kemudian, Rowoon menampilkan watak Ha Roo bertukar menjadi seorang yang dingin, dan melupakan semua kenanangannya tentang Eun Dan Oh dan setia kepada Baek Kyung (Lee Jae Wook).

Sedang drama ini kian berkembang, plot cerita terbaru mencadangkan kewujudan masa lalu watak-watak dalam manhwa ini yang dipanggil “Trumpet Creeper.” Rowoon berpenampilan bertemakan sejarah dan menarik perhatian dengan rambutnya seperti disanggul dalam persalinan baju sutera berwarna biru gelap. Dia nampaknya berjaya mempamerkan daya tarikan baru yang memberikan karisma yang berbeza daripada sebelumnya.

Rowoon mengisi skrin kecil ini dengan visual yang hebat dari genre drama sejarah hingga yang moden. Ini meletakkan Rowon berada dikedudukan kedua dalam senarai pilihan top 10 pelakon drama, sekaligus membuktikan kemahiran lakonannya semakin meningkat.

Tahniah Rowoon. Jangan lupa saksikan drama “Extra-Ordinary You” setiap Selasa dan Rabu, jam 7.50 malam di Astro Oh!K Ch 394.

Sumber : enews

loading...