Song Triplets comel ber’suit’ sebagai tanda sokongan terhadap si ayah yang dilantik jadi duta tabung kanak-kanak

Wah, comelnya tiga si kembar atau dikenali Song Triplets ni dalam persalinan suit.

Pada 25 Oktober, Instagram rasmi C-JeS Entertainment telah berkongsi gambar si ayah bersama dengan anak-anaknya. Tertera kapsyen di bawahnya, “Song Il Gook, ibarat sayap yang menjaga kanak-kanak, telah dilantik menjadi duta kehormat untuk ChildFund Korea (Dana kanak-kanak Korea)! Ianya satu penghormatan untuk menjadi  sebahagian bagi kerja-kerja murni seumpama ini. Kami akan terus bekerja keras untuk mencipta dunia yang penuh kegembiraan buat kanan-kanak.”

Majlis tersebut telah diadakan pada 24 Oktober dan Song Il Gook telah menerima sebuah plaque untuk meraikan pelantikannya sebagai duta kehormat untuk organisasi terbabit, di mana ia bertujuan memberikan kehidupan yang lebih selamat kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Daehan, Minguk, dan Manse semuanya berada di majlis tersebut. Kelihatan mereka mengenakan Suit seperti bapa mereka dan memakai bowties sebagai tanda sokongan.

Song triplets ini pernah muncul untuk rancangan variati KBS “The Return of Superman” dan telah mendapat perhatian serta disayangi ramai. Sejak meninggalkan rancangan tersebut pada 2016, Song Il Gook sering berkongsi momen kehidupan mereka dan sejauh mana mereka telah membesar selepas itu.

Kecomelan Song triplets ini pastinya dirindui ramai. Apapun, tahniah Song Il Gook!

Sumber : sports.chosun

loading...