Yoo Seung Ho sebagai penyiasat berkuasa psikik di dalam drama terbaru tvN Memorist?

Yoo Seung Ho sedang menimbangkan untuk berlakon di dalam drama tvN terbaru, ‘Memorist ‘ (tajuk secara literal yang diterima setakat ini).

tvN Memorist yang diadaptasikan daripada webtoon dengan judul yang sama, berkisarkan tentang seorang penyiasat berkuasa psikik yang seringkali terbabit dalam beberapa kejadian pembunuhan bersiri. Webtoon ini pernah diterbitkan pada Oktober 2016 sehinggalah Januari 2018.

Sekiranya beliau menerimanya, ini merupakan drama terbarunya semenjak SBS My Strange Hero yang ditayangkan pada awal tahun ini. Ini bermakna Yoo Seung Ho mungkin telah menggugurkan drama ‘Superstar Miss Lee’ yang pernah ditawarkan padanya sebelum ini dan dijangka hanya salah satu drama saja akan dipilih untuk projeknya pada masa hadapan.

Pengarah Kim Hui dan Jae Hyeon akan bergandingan sama untuk memacu drama ini yang akan disiarkan pada pertengahan tahun 2020.

Sumber: mk star, donga

loading...