[GEMPAR] Penyanyi dan pelakon Sulli ditemui mati di rumahnya

Amat mendukakan buat para peminat apabila dikhabarkan penyanyi serta pelakon Sulli telah meninggal dunia.

Menurut Balai Polis Seongnam Sujeong, pengurus Sulli menemui mayatnya dirumah Sulli yang terletak di Seongnam di daerah Gyeonggi pada 14 Oktober lebih kurang jam 3.21 PM waktu tempatan. Pengurusnya telah datang ke rumah Sulli setelah gagal dihubungi menerusi telefonnya sejak 6.30 PM waktu tempatan pada 13 Oktober. Sulli dikhabarkan tinggal berseorangan.

Balai Bomba Seongnam juga melalui satu kenyataan menerusi panggilan telefon dengan portal Dispatch memberitahu, “Kami menerima laporan kematiannya pada lebih kurang jam 3.20 PM. Dia telahpun meninggal dunia ketika kami tiba dilokasi kejadian. ”

Sulli dilahirkan pada tahun 1994 dan mula debut pada tahun 2005 sebagai pelakon kanan-kanak. Pada tahun 2009, dia kemudian debut sebagai penyanyi setelah menganggotai kumpulan f(x).

Bagaimanapun, punca kematian masih lagi dalam siasatan biapun ramai mengandaikan ini adalah kes bunuh diri. Ramai media menunggu pengumuman rasmi berkaitan perkara ini terutama daripada pihak pengurusannya SM Entertainment. Terdahulu, Sulli pernah menyepikan seketika dirinya dari dunia hiburan kerana tekanan mental dan fizikal akibat komen-komen negatif netizen.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Sulli dan rakan-rakan.

Pesanan : Jika anda memerlukan seseorang yang ingin berbual, jangan malu dan segan untuk memulakan tindakan serta mendapatkan bantuan. Semak SINI untuk mengetahui Hotlines yang boleh anda capai dan sekiranya perkhidmatan tersebut tidak terdapat di negara anda, sila hubungi talian kecemasan.

Sumber : Naver | sports.chosun

loading...