Drama terbaru Noh Hee Kyung ini bakal dibintangi Lee Byung Hun, Han Ji Min, Shin Min Ah, Cha Seung Won, Kim Woo Bin, Lee Jung Eun & Uhm Jung Hwa

Wah, akhirnya barisan pelakon-pelakon hebat ini telah bersetuju untuk membintangi drama terbaru Noh Hee Kyung.

Lee Byung Hun, Han Ji Min, Shin Min Ah, Cha Seung Won, Kim Woo Bin, Lee Jung Eun dan Uhm Jung Hwa telah menyatakan persetujuan mereka menerima tawaran membintangi drama tvN Our Blues.

Drama terbaru projek Noh Hee Kyung ini berkisarkan tentang kehidupan harian masyarakat yang tinggal di kepulauan Jeju, Korea.

Lee Byung Hun akan membawakan watak sebagai Lee Dong Seok yang lahir di sebuah perkampungan kecil bertempat di Pulau Jeju. Kerjanya hanya menjual dan memunggah barang daripada lori trak miliknya. Beliau dipertemukan dengan Min Sun A (lakonan Shin Min Ah) yang baru berpindah di Jeju.

 

Choi Han Soo yang bakal dilakonkan oleh Cha Seung Won ini kembali semula ke pulau Jeju selepas menimba kejayaan di bandar. Beliau mahu berjumpa dengan cinta pertamanya, Jung Eun Hee (lakonan Lee Jung Eun) yang sedang mengendalikan pasar basah di pulau tersebut. Jung Eun Hee merupakan sahabat baik Go Mi Ran (lakonan Uhm Jung Hwa) yang terpaksa pulang ke Jeju selepas berputus asa dengan kehidupan di bandar.

Lee Young Ok lakonan Han Ji Min pula kembali ke Pulau Jeju setelah menjadi haenyeo semenjak setahun lalu. Dia ditakrifkan sebagai seorang yang cerita namun terpalit dengan berbagai-bagai cerita buruk mengenainya. Dia bertemu dengan Park Jung Hoon (lakonan Kim Woo Bin), selaku kapten kapal. Park Jung Hoo pernah beriktihar untuk mencari wanita yang tidak akan meninggalkan pulau Jeju, tapi akhirnya jatuh cinta terhadap Lee Young Ok.

Penonton nampaknya tidak sabar menantikan drama ini kerana dibarisi oleh ramai pelakon yang hebat serta bekerjasama dengan penulis skrip yang juga hebat, Noh Hee Kyung. Digelar sebagai ‘alchemy queen of language’ kerana penulisannya yang penuh dengan dialog berbunga-bunga dan metafora di samping subtle serta sarat dengan emosi, penulis skrip Noh Hee Kyung adalah individu yang bertanggungjawab untuk beberapa drama hit antaranya  tvN “Live” (2018),  SBS “It’s Okay, That’s Love” (2014) dan SBS “That Winter, The Wind Blows” (2013).

 “Our Blues” dijadualkan akan menemui penonton pada 9 April 2022 depan.

Artikel disunting oleh daus.

Sumber : Heraldpop | YTN

loading...