Jung Hae In dan Chae Soo Bin akan bergandingan untuk drama terbaru tvN

Nampaknya pelakon kacak idaman ramai ini, Jung Hae In akan kembali ke dunia drama selepas lakonan mantapnya menerusi “Spring Night”. Kali ini, Jung Hae In akan bergandingan dengan Chae Soo Bin untuk sebuah projek drama baru tvN. and Chae Soo Bin will be uniting for a new drama!

Pada 22 Ogos, sumber dari tvN mengesahkan perkara tersebut dengan berkata, “Jung Hae In dan Chae Soo Bin masing-masing sudah menyatakan persetujuan untuk membintangi drama terbaru tvN bertajuk ‘Half of Half’.”

“Half of Half” adalah sebuah drama romantis cinta antara pereka program genius (artificial intelligence (AI) programmer) dan jurutera audio (classical recording engineer/audio engineer). Drama ini mengisahkan kisah cinta dari perspektif seorang lelaki yang percaya bahawa walaupun hanya terdapat ruang kecil buat dirinya dalam hati mereka yang penting baginya, itu sudah cukup dan memadai.

Jung Hae In akan membawakan watak Ha Won, seorang programmer AI  yang merupakan pengasas dan ‘mastermind’ bagi sebuah portal yang dinamakan M&H. Walaupun Ha Won agak tegas dalam kerjanya, namun dia seorang yang baik hati dan sentiasa berfikiran rasional dalam tindak-tanduknya sehinggakan dia tidak pernah dilihat menjadi pemarah.

Watak Han Seo Woo, seorang jurutera audio atau jurutera audio rakaman klassik akan dilakonkan oleh Chae Soo Bin. Han Seo Woo seorang yang berfikiran optimistik biarpun kehidupannya tidaklah se stabil mana kerana dia tidak mempunyai keluarga mahupun rumah kediaman. Dia seringkali menyelesaikan soalan berkaitan matematik ketika berdepan masalah sebagai satu inisiatif untuknya bertenang.

“Half of Half” adalah sebuah projek produksi Studio Dragon. Naskhahnya dihasilkan oleh penulis Lee Sook Yeon yang pernah menghasilkan skrip bagi drama  “One Fine Spring Day” dan “On the Way to the Airport,”.  PD Lee Sang Yeop pula  akan memberikan sentuhan arahannya untuk drama ini yang sebelumnya pernah mengarahkan drama tvN “Familiar Wife.”

Drama ini dijadualkan untuk siaran Mac 2020 kelak. Buat sementara waktu, korang boleh menonton drama Jung Hae In yang terdahulu seperti “While You Were Sleeping”, “Prison Playbook” dan “Something in the Rain”. Manakala Chae Soo Bin boleh ditonton lakonannya menerusi “Where Stars Land”, “I’m Not A Robot”, dan “Rebel: Thief Who Stole the People”.

Sumber : isplus | newsen

loading...