Pelakon-pelakon sedang dicari untuk drama bersiri Korea tentang biografi BTS

CEO Big Hit membuat pengumuman di atas pentas terbuka di Tehranno Textile Center, Seoul sebentar tadi tentang hasratnya untuk berkerjasama dengan produser drama korea bagi menghasilkan drama korea bersiri tentang biografi BTS sekurang-kurangnya menjelang tahun hadapan.

Drama bersiri itu berkisarkan tentang dunia BTS sewaktu tujuh orang ahli BTS ini kali pertama bertemu. Pihak media difahamkan BTS akan bekerjasama dengan pihak produksi drama tempatan untuk mencari pelakon-pelakon muda yang akan melakonkan watak mereka sewaktu mereka masih mentah remaja. Ia dirancang untuk tayangan pada pertengahan tahun 2020.

Sementara itu, dalam pengumuman yang sama, Big Hit telah berkoloboratif dengan syarikat permainan digital tempatan, SuperB untuk menghasilkan permainan video lebih menarik pada satu masa nanti dan menyatakan komitmen tegarnya untuk menghasilkan kumpulan kpop wanita terbaru dengan mengadakan ujibakat di pelusuk dunia menerusi kerjasamanya dengan Source Music.

Sumber: news khan, Cookie News

loading...