Tanpa Ku Hye Sun di sisi, Ahn Jae Hyun disyaki keluar ‘dating’ dengan 3 orang gadis ketika sambutan hari jadinya

Seorang netizen membuat pendedahan menggemparkan sebentar tadi apabila dia telah menyaksikan sendiri Ahn Jae Hyun keluar ‘dating’ dengan tiga orang gadis tak dikenali tanpa kelibat isterinya, Ku Hye Sun untuk menyambut hari jadinya bersama.

Walaupun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar foto itu diambil, Ahn Jae Hyun memakai baju yang berwarna hijau yang serupa dengan apa yang dipaparkannya menerusi instagram pada 30 Jun, sehari sebelum hari jadinya dijadualkan pada 1 Julai. Seorang wanita dalam foto berkenaan disyaki ialah pekerja HB Entertainment, di mana netizen itu menggelarkannya sebagai ‘ketua kumpulan Hyun Ji’.

Sementara itu dalam perkembangan lain yang berkaitan, Ku Hye Sun turut mendedahkan bahawa dia pernah bergaduh teruk dengan Ahn Jae Hyun pada hari jadi suaminya itu (1 Julai 2019) gara-gara rumah ibunya tidak mempunyai penghawa dingin di rumah. “Dia tetap nak makan sup daging pada hari jadinya, sebab itulah pagi-pagi lagi dia sudah sediakannya sejak subuh lagi.” Foto janji temu itu berkemungkinan diambil samada sebelum atau selepas Ahn Jae Hyun bergaduh teruk dengan Ku Hye Sun pada pagi hari kejadian.

Sumber: IS Plus , allkpop

loading...