Tak cukup ‘berjimba’ di Korea, Song Ye Jin & Hyun Bin berlepas pula ke Switzerland melunaskan baki penggambaran seterusnya

Pihak produksi tvN ‘Crash Landing of Love’ mengesahkan bahawa krew serta para pelakon akan melakukan penggambaran di Switzerland tak lama lagi.

Menurut TV Report, ketiga-tiga pelakon termasuklah Son Ye Jin, Hyun Bin dan Seo Ji Hye dijangka berlepas ke Switzerland dan akan melakukan penggambaran di sana bermula hujung Ogos ini. Walaupun tak dinamakan secara spesifik lokasi tersebut, Switzerland dikenali sebagai negara yang memiliki permandangan yang menakjubkan kerana dikelilingi dengan bukit-bukau serta desiran air sungai yang mengasyikkan. Pastinya penonton boleh menjangkakan permandangannya seolah-olah seperti di dalam filem Hindustan, Dilwale Dulhania Le Jayenge.

‘Crash Landing of Love’ berkisarkan tentang anak hartawan terkemuka bernama Yoon Seo Ri yang dilambung angin sehingga terjunam ke sempadan Korea Utara akibat leka bermain payung terjun. Yoon Seo Ri diselamatkan oleh seorang lelaki yang tinggal di Korea Utara, iaitu Ri Jung Hyuk (lakonan Hyun Bin). Sepanjang berada di sana, Ri Jung Hyuk melindungi Yoon Seo Ri daripada sebarang ancaman askar dan pegawai kerajaan Korea Utara sehinggalah Yoon Seo Ri dapat pulang ke negaranya dengan selamat.

Baca lagi : Kim Jung Hyun, Song Ye Jin, Song Ji Hye & Hyun Bin disatukan untuk tvN ‘Crash Landing of Love’

‘Crash Landing of Love’ ditulis sepenuhnya oleh Park Ji Eun (“SBS My Loves From The Star”,” SBS Legend of The Blue Sea”) manakala pengarah Lee Jung Hyo (“tvN Good Wife”, “OCN Life On Mars”, “tvN Romance Is a Bonus Book”) pula dipertanggungjawabkan untuk mengemudi drama ini yang dirancangkan tayangannya pada pertengahan tahun ini.

loading...